CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

WANITA BERIBADAH SAMBIL BERKERJA....

Keadaan dunia masa kini menyaksikan ramai wanita yang keluar bekerja di luar rumah, seiring dengan kaun lelaki, di samping membantu keluarga mengukuhkan kedudukan kewangan. di sebalik sibuk di tempat kerja, wanita juga tidak kurang sibuknya di rumah melayan anak-anak dan berkhidmat untuk suami. Akibatnya, masa untuk melakukan beberapa ibadat sunat mungkin kian batas. Bagaimanapun, wanita masih boleh melakukan meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam kesibukkan berkerja.

berikut adalah beberapa wasilah yang sesuai :

1) Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
2) Berpuasa lisan daripada mengumpat, mengadu domba atau menyakiti orang lain dengan kata.
3) Beristigfar memohon keampunan dan berselawat ke atas Nabi S.A.W. pada masa berkerja, semasa dalam berjalanan pergi atau balik dari tempat kerja.
4) Mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
5) Bersedekah tanpa wang seperti senyum kepada rakan sekerja, mengajak ke arah pekara yang makruf serta mencegah kemungkaran.
6) Meluangkan masa melakukan sunat dhuha.
7) Menyegerakan solat fardu.
8) Mengucapakan salam kepada rakan sekerja sesama muslim.
9) Niat kerja sebagai suatu ibahad dan ikhlas semata-mata kerana ALLAH.
10) Memastikan sentiasa menutup aurat dan bersesuaian dengan perintah syarak.
11) Menjaga batas pergaulan dengan rakan sekerja yang berlainan jantian.

** Sebagai seorang pelajar mahasiswi juga bolehlah memprektikan perkara ini dalam kehidupan harian mereka. Seperti yang kita tahu, pelajar juga amat sibuk dengan kehidupan harian mereka sehinggakan masa untuk beribadah magkin berkurangan. selain itu, mutaba'ah harian seperti beristigfar, membaca al-Quran, solat sunat dhuha dan tahajud serta al-Mathurat bolehlah diamalkan setiap hari sekurang-kurangnya seminggu sekali. perkara ini haruslah berterusan untuk mendapat kemanisan dan kelainan dalam iman...

0 comments: