CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

NIKAH MASA BELAJAR......

Perlu ke nikah semasa belajar ni???..perlu untuk kebaikan untuk mengelakkan fitnah..tp mampu ke pasangan kita memberi nafkah zahir n batin???..sudah cukup ke bekalan untuk jadi suami dan isteri????...hai..macam-macam yang perlu difikirkan.......bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab suami isteri ni semasa belajar, pasang tu mesti la saling memahami dan bertolak ansur..tidak boleh memikirkan diri sendiri..kadang-kadang kehendak dan nafsu menguasai diri... Kahwin & Belajar kedua-duanya sama penting. ..It's a long life commitment...ada kebaikan dan ad a keburukan...positif dan negatif... ada pendapat yang mengatakan “pasangan yg kahwin awal masa belajar biasanya lebih matang & bertanggungjawab berbanding pelajar2 lain yg single...
mereka biasanya lebih serius dgn pelajaran & kurang membuang masa melakukan perkara2 yg tidak berfaedah.... dan yang lebih penting ialah mereka terhindar drpd terjebak dgn perkara2 maksiat yg amat berleluasa sekarang ni “...macam pendapat yang ada..
Sebagai kes studi, jika kita sedang belajar bidang yang rumit, kahwin pun akan membantutkan pelajaran, maka mungkin tidak boleh tumpu pada pelajaran...Namun jika umur sudah agak matang, dan pasangan yang dikahwini dirasakan mampu membantu pengajian, maka berkahwin lebih awal..Dan macam-macam lagi kes senario, dan penyelesainya bergantung pada kebijaksanaan masing-masing untuk menentukan.
Hukum hanyalah memberi panduan dan dorongan. Apabila bertemu dengan senario tertentu, maka kitalah yang menentukan aplikasinya...sebelum berkahwin pasang tersebut perlulah memahami tanggungjawab sebagai isteri dan suami..bukan mudah untuk dilakukan..

Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami
Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
1. Isteri mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama .Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)
4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.
Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.
Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami dan isteri,iaitu:

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)
7. Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)
8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

HUKUM NIKAH

Hukum nikah ini ikut keadaan individu, hukum nikah dapat dapat dibagi menjadi lima:

1. Disunnahkan bagi orang yang memiliki syahwat (keinginan kepada wanita) tetapi tidak khawatir berzina atau terjatuh dalam hal yang haram jika tidak menikah, sementara dia mampu untuk menikah.

Karena Allah telah memerintahkan dan Rasulpun telah mengajarkannya. Bahkan di dalam nkah itu ada banyak kebaikan, berkah dan manfaat yangb tidak mungkin diperoleh tanpa nikah, sampai Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

“Dalam kemaluanmu ada sedekah.” Mereka bertanya:”Ya Rasulullah , apakah salah seorang kami melampiaskan syahwatnya lalu di dalamnya ada pahala?” Beliau bersabda:”Bagaimana menurut kalian, jika ia meletakkannya pada yang haram apakah ia menanggung dosa? Begitu pula jika ia meletakkannya pada yang halal maka ia mendapatkan pahala.” (HR. Muslim, Ibnu Hibban)

Juga sunnah bagi orang yang mampu yang tidak takut zina dan tidak begitu membutuhkan kepada wanita tetapi menginginkan keturunan. Juga sunnah jika niatnya ingin menolong wanita atau ingin beribadah dengan infaqnya.


Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

“Kamu tidak menafkahkan satu nafkah karena ingin wajah Allah melainkan Allah pasti memberinya pahala, hingga suapan yang kamu letakkan di mulut isterimu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, dinar yang kamu nafkahkan untuk budak, dinar yang kamu sedekahkan pada orang miskin, dinar yang kamu nafkahkan pada isterimu maka yang terbesar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan pada isterumu.” (HR. Muslim)

2. Wajib bagi yang mampu nikah dan khawatir zina atau maksiat jika tidak menikah. Sebab menghindari yang haram adalah wajib, jika yang haram tidak dapat dihindari kecuali dengan nikah maka nikah adalah wajib (QS. al Hujurat:6). Ini bagi kaum laki-laki, adapun bagi perempuan maka ia wajib nikah jika tidak dapat membiayai hidupnya (dan anak-anaknya) dan menjadi incaran orang-orang yang rusak, sedangkan kehormatan dan perlindungannya hanya ada pada nikah, maka nikah baginya adalah wajib.

3. Mubah bagi yang mampu dan aman dari fitnah, tetapi tidak membutuhkannya atau tidak memiliki syahwat sama sekali seperti orang yang impotent atau lanjut usia, atau yang tidak mampu menafkahi, sedangkan wanitanya rela dengan syarat wanita tersebut harus rasyidah (berakal).

Juga mubah bagi yang mampu menikah dengan tujuan hanya sekedar untuk memenuhi hajatnya atau bersenang-senang, tanpa ada niat ingin keturunan atau melindungi diri dari yang haram.


4. Haram nikah bagi orang yang tidak mampu menikah (nafkah lahir batin) dan ia tidak takut terjatuh dalam zina atau maksiat lainnya, atau jika yakin bahwa dengan menikah ia akan jatuh dalam hal-hal yang diharamkan. Juga haram nikah di darul harb (wilayah tempur) tanpa adanya faktor darurat, jika ia menjadi tawanan maka tidak diperbolehkan nikah sama sekali.

Haram berpoligami bagi yang menyangka dirinya tidak bisa adil sedangkan isteri pertama telah mencukupinya.

5. Makruh menikah jika tidak mampu karena dapat menzhalimi isteri, atau tidak minat terhadap wanita dan tidak mengharapkan keturunan.. Juga makruh jika nikah dapat menghalangi dari ibadah-ibadah sunnah yang lebih baik. Makruh berpoligami jika dikhawatirkan akan kehilangan maslahat yang lebih besar.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar Ruum:21)

Sumber: http://jomkahwin.wordpress.com/category/tanggungjawab-suami-isteri/

0 comments: